Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Zuraida Kamaruddin

Yang Berhormat Hajah Zuraida Kamaruddin (Jawi: ذورايدا بنت كامروددين; lahir 14 Mac 1958) merupakan ahli politik Malaysia dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Ampang, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam pilihan raya umum 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Azman Wahid dengan majoriti sebanyak 3,676 undi. Beliau memperolehi 26,995 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 23,319 undi.[1]Pada Pilihanraya Umum Ke-14, YB Zuraida telah memenangi kerusi Ampang sekali lagi dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Rozaidah Talib dengan majoriti sebanyak 13,278 undi. Beliau mendapat undi sebanyak 41,969 berbanding Dr Rozaidah sebanyak 28,691.[2]